Seorang Ustaz sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.
Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke singki, seorang peramugari telah ternampak perbuatan ustaz itu dan menegurnya.
Peramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!
Ustaz: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?
Peramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!
Ustaz: (Dengan bersahaja berkata) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!
* P/s: Mari kita ambil iktibar akan kata-kata Ustaz tu....
No comments:
Post a Comment