Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
hr ni hr guru
trigt ckgu kt skol dl espcially Cikgu Aznora
huhu..
cikgu sejarah w/pun xde ajar ak pn
juz jd guru pmbimbing team kuiz sejarah
eventho xdpt msuk final national level,klh 2points ngn johor
ak puas ht.lg2 jd pserta tbaik prkat ngeri s'ngor
cikgu ni jg yg mule2 dgr prob ak ms kt skol dl.prob pe??
prob ht dan prasaan
detail???
xyah tau haha...
p/s: SELAMAT HARI GURU UTK SEMUA GURU DI MALAYSIA
Dear Dr. T
3 years ago
eceyh..org show off dia pun nk show off gak r nih...eyy!!!bluwekkk!!!!menyampah
ReplyDeletenway,anum tau prob hati dan perasaan tuh..haha!wel..abgku kan jejaka hot...mcm adik dia yg sorg nih gak.haha! TEEETT!